Kisah kali ni lebih kepada cerita sepanjang majlis perkahwinan adik perempuan bongsu yang berlangsung pada Chinese New Year 01 Februari 2014 yang lepas. Ini adalah majlis perkahwinan kali terakhir bagi keluarga kami setelah keempat-empat adik-beradik selesai menamatkan zaman bujang. Alhamdullillah.
Persiapan bagi majlis tersebut telah dirancang lebih 6 bulan sebelumnya walaupun tempoh bertunang yang pendek tak sampai setahun. Majlis pada kali ini tak seperti majlis sebelum ni sebab dulu persiapan kenduri di buat secara rewang, pakat ramai-ramai orang kampung masak kenduri dan suasana lebih meriah ketika itu. Tapi pada kali ni kami sekeluarga bersetuju untuk ambil katering sahaja untuk segala persiapan majlis dari khemah hingga makanan. Jadi kami cuci tangan sahaja takyah fikir hal nak mengemas sesudah majlis selesai.
Majlis pada kali ini dibuat berturut-turut iaitu selesai majlis kenduri kahwin belah perempuan pada 01 Februari esoknya pula majlis berundur di rumah pengantin lelaki memandang kedua-dua pengantin tinggal berhampiran, tidaklah jauh sangat. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan cuaca yang agak panas.
Sebelum itu, kami bersetuju untuk pakai pakaian sedondon bertemakan warna oren. Jadi kenalah "matching" semuanya termasuklah tudung. Puas cari tudung yang sesuai dengan warna oren dan boleh dapat jumlah yang banyak maklumlah ramai nak pakai. Tempat yang paling sesuai nak cari benda tu ialah di Pasar Kemboja Ulu Tiram yang diadakan seminggu sekali pada hari Khamis. Kat sini diorang jual secara pukal, jadi banyak pilihan sampai tak terpilih. Dapat juga tundung yang hendak dicari, Alhamdulillah.
Selesai sudah majlis perkahwinan tersebut dan akhirnya pada sebelah malam kami di ajak makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Serkam. Macam biasa kalau kat Melaka ni selalunya makan ikan bakar dengan nasi lemak bungkus, memang sedap dan menyelerakan.
Selamat Pengantin Baru & Semoga Kekal Hingga Hujung Nyawa
No comments:
Post a Comment