Saturday, July 27, 2019

Sarapan Pagi Di Kg Tanjung Langsat

 Pantai Kg Tg Langsat


Pemandangan biasa di hilir Sungai Johor berhampiran Kg Tanjung Langsat & Pelabuhan Tg Langsat, Pasir Gudang, Johor. Tujuan ke sini adalah untuk mencari sarapan di warung nasi lemak berhadapan Masjid Kg Tanjung Langsat, Pasir Gudang, Johor.

Pelantar minyak itu memang sudah lama berada di situ berhampiran dengan tempat kapal lama yang "parking" hampir dengan Jambatan Lebuhraya Senai-Desaru yang pernah viral sedikit masa dulu. Kapal tersebut dikata telah dijadikan "scrap" dan dibawa keluar dari kuala Sungai Johor ini.

Diseberang sana adalah Changi Airport & Pulau Tekong Singapore. Memang hampir dan laluan sibuk kapalterbang mendarat & berlepas dapat dilihat dari kampung ini.





Thursday, July 25, 2019

Temujanji Dengan Doktor


Sessi temujanji dengan doktor di klinik kesihatan kerajaan, walaupun sessi temujanji ni 3 hingga 6 bulan sekali sekurang-kurangnya kita dapat tau apa penyakit yg kita hidapi.

Walaupun menunggu lama tapi biasa la kalau appointment di klinik atau hospital kerajaan memang ramai, kena sabar banyak-banyak. Bayaran cuma RM1 sahaja.

Selesai temujanji dan lihat pada keputusan ujian darah yang diambil sebelum ini, doktor akan bagitau penyakit yang kita hidapi.

Seterusnya ubat-ubat untuk penyakit berkenaan perlu diambil di farmasi untuk tempoh yang tertentu.

Baik dan sembuh penyakit itu ikut pada ketentuan Allah dan kita hanya merancang dan berusaha untuk sembuh.

Wednesday, July 24, 2019

Majlis Konvo KV Kota Tinggi 2019


Sempena Majlis Konvo 2019 KV Kota Tinggi Johor. Tahniah Ahmad Fikrie!
Pantas masa berlalu, anak dah lebih tinggi dari ayah, umur pon dah makin bertambah. Itulah lumrah kehidupan.

Ulang Siar Gambar Raya Aidil Fitri 2019


Raya Aidilfitri 1440H dah lama meninggalkan kita tapi disebabkan blog lama tak updated maka selitkan ler gambar raya untuk kenang-kenangan di rumah pusaka nenek di Merlimau, Melaka.