Monday, March 31, 2014

Derita Resdung Dari Pengalaman Sendiri


Saya ni memang penghidap resdung sejak beberapa tahun yang lalu, rasa nak cabut hidung ni bila ia datang menyerang terutamanya di awal pagi bangun dari tidur. Hidup berair, terasa gatal yang amat sangat dan bersin berulang kali. Memang derita.

Sebelum tu mari kita fahami apa itu resdung?. Menurut pakar hidung, telinga & mata menyatakan bahawa resdung ialah sejenis penyakit hidung berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula ialah merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak seterusnya menghasilkan nanah. Selain itu punca resdung adalah disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menjalankan tugas untuk melancarkan aliran mukus.


Perkara yang lazim kita lakukan seperti mengemas rumah, menyapu sampah hinggalah ketika di dapur sibuk menumis sambal pasti membuat kita mudah bersin dan gatal-gatal hidung sampai menyebabkan hidung berair. Selain itu sakit gigi yang disebabkan oleh bakteria juga boleh menyebabkan resdung.

Dari pengalaman sendiri yang menghidap resdung tegar agak memeritkan dan merimaskan. Paling teruk bila hidung mula berair terus bersin beberapa kali dan pada masa itu datang rasa kegatalan hidung yang amat sangat. Satu ketika dulu pernah mencuba cara tradisional tetapi rawatan itu hanya untuk seketika sahaja.

Baru-baru ini setelah mencuba sendiri supplemen dari Shaklee dalam tempoh yang singkat seperti Alfalfa Complex, Vitamin B Complex dan Vitamin C Sustain Release terasa gejala resdung yang di alami dapat dikurangkan, tidak terasa gatal dan bersin seperti dulu. Ingin saya kongsikan kepada sesiapa yang pernah menghadapi situasi seperti saya memang saya rekomen untuk cuba produk ini, apa salahnya jika ia dapat melegakan rasa sakit kita pada tahap optima. 


Rangkaian supplemen yang bagus dan berkualiti seperti :-

  • Alfalfa Complex - Dapat mengurangkan keradangan pada hidung seperti eczema, alergi dan resdung. Tetapi ia tidak digalakkan diambil oleh pesakit SLE.
  • Vitamin C Sustained Release - Dapat meningkatkan sistem daya melawan penyakit. Amat efektif jika diambil bila selsema dengan mematahkan sebiji supplemen tersebut bagi mendapatkan kesan yang cepat. Ciri yang ada pada supplemen ini iaitu anti-oksida dapat melawan radikal bebas serta dapat meningkatkan antibodi dan imuniti kita.
  • Vitamin B Complex - Berfungsi dalam membantu mengawal stress yang memberi kesan negatif pada kekuatan imun badan kita. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kekuatan melawan penyakit.
Harga dipasaran ialah :-

1) Alfalfa Complex (330 biji)/ 3 bulan penggunaan - RM 53.75 (16 sen sebiji)

2) Vitamin C Sustained Release (180 biji/ 3 bulan penggunaan - RM 92.50 (51 sen sebiji)

3) Vitamin B Complex (120 biji/ 3 bulan penggunaan - RM 53.75 (16 sen sebiji)

Sunday, March 23, 2014

Jaga Kesihatan Sendi Kita Dengan Advanced Joint Health Tablet


Umur kita semakin lama semakin meningkat. Sendi kita pun begitu juga. Sendi terdiri daripada tulang rawan, tendon, ligamen dan cecair sinovia (pelincir) yang membantu memberi kesihatan pada pergerakan anggota badan.

Kerosakan tulang rawan berlaku selari dengan meningkatnya umur kita. Lebih-lebih lagi dengan tekanan fizikal yang berterusan akibat dari pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Situasi begini disebabkan oleh joint discomfort yang sering berlaku kepada orang-orang tua malah kita sendiri sering rasa sakit menangkap tulang belakang, tengkuk, lutut dan sebagainya.


Advanced Joint Health Tablet Shaklee adalah makanan tambahan yang memelihara sendi tubuh badan kita. Kesanya boleh dilihat seawal 5 hari selepas penggunaan. Suplemen ini dapat memberi kebaikan kepada sendi kita dengan 3 cara iaitu :-


  1. Meningkatkan Keselesaan Sendi melalui ekstrak Boswellia yang berfungsi sebagai agen anti-radang semulajadi, menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Ia digunakan dalam perubatan Ayuverdic lebih 5000 tahun yang lalu untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Acid Boswellia adalah komponen utama aktif dalam ekstrak Boswellia.
  2. Meningkatkan Kesan Kusyen dengan ekstrak jagung melalui glukosamine yang merupakan komponen utama dalam pembentukan blok utama tulang rawan dan bendalir sinovia bertindak sebagai bahan pelincir sendi. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan sokogan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan.
  3. Memelihara Kesihatan Tisu Penyambung melalui komponen nutrien penting untuk kesihatan sendi iaitu vitamin C yang merupakan nutrien penting sintesis kolagen. Selain itu zink, copper dan maganese merupakan co-factor enzim yang membina kolagen dan glukosaminoglikan (kompenan tisu penyambung).

Suplemen ini amat sesuai diambil oleh kedua ibubapa kita atau mereka yang mahu memastikan kesihatan sendi pada tahap optimum kerana pencegahan awal adalah lebih baik untuk masa depan kita. Yang pastinya kesihatan sendi akan menyusut selari dengan peningkatan usia kita. Sesuai kepada mereka yang sering sakit sendi yang mana dah rasa longgar dan rasa lenguh akibat terlalu lama melakukan kerja-kerja rumah mahupun melakukan rutin kerja seharian di opis.


Friday, March 14, 2014

Ketahui Apa Itu Stress?


Menurut pengasas teori stress iaitu Dr Hans Selye menyatakan stress ialah satu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang yang disebabkan oleh satu bebanan yang dipikul. Bebanan itu mungkin wujud dalam bentuk ancaman, cabaran dan berlaku perubahan dalam hidup seseorang.

Tahukah anda bahawa ketika stress badan akan mengeluarkan hormon rangsangan yang bernama 'adrenaline' dalam saluran darah kita. Bila hormon ini bercampur dengan hormon lain akan menyebabkan berlaku perubahan pada badan kita.


Perubahan-perubahan tersebut ialah seperti denyutan jantung bertambah laju, tekanan darah meningkat, gula, lemak dan kolestrol dalam darah akan bertambah dan pernafasan menjadi laju. Ini semua berlaku secara tabie selari dengan keperluan tubuh badan kita. Stress yang berpanjangan tanpa bijak mengawalnya akan bertukar kepada 'distress' yang menyebabkan kita menghidapi penyakit tertentu.


Antara kesan yang timbul akibat dari stress ini ialah
  1. Sakit tekak, sakit bahu serta sakit belakang.
  2. Rambut gugur.
  3. Gastrik & ulser perut.
  4. Aczema dan masalah pada kulit
  5. Sakit kepala, migrain dan insomnia
  6. Darah tinggi dan sakit jantung
Penyebab kepada berlakunya stress ini ialah wujud dari cara dan gaya hidup individu tersebut seperti masalah kewangan, masalah rumahtangga, terlalu sibuk bekerja, menghadapi masalah pengangguran atau putus cinta. Pada pandangan Islam, stress ini boleh dihindarkan dengan mendekatkan diri kepada pencipta iaitu Allah s.w.t dengan melaksanakan solat tepat pada waktunya, banyak membaca al-quran serta memahami maknanya sekali, berzikir, menghadiri majlis-majlis ilmu dan selalu berdoa kepadaNya.

Pengambilan bahan makanan yang berkhasiat juga memainkan faktor penting yang dapat mengawal situasi stress tersebut. Antara produk terbaik yang boleh diamalkan ialah dengan pemakanan supplemen yang berkualiti seperti B-Complex, Vitamin C dan Ostematrix keluaran Shaklee. Kebaikan supplemen ini ialah :


  1. B-Complex - membantu menambah aliran darah ke otak, anti-stress, riboflavin dapat menambah tenaga dalam sel otak.
  2. Vita-C 500 SR - membantu menghasilkan hormon adrenal anti-stress
  3. Ostematrix - transmisi impul saraf ke otak, memberi kesan ketenangan dan merehatkan otot dan saraf.




Sunday, March 9, 2014

Redha Dengan Ketentuan Allah - Tragedi Kehilangan Pesawat MAS MH370


Redha pada istilah boleh diertikan iaitu memiliki sikap berlapang dada terhadap sesuatu perkara. Mencari redha manusia semata-mata maka ia hanyalah untuk kebaikan diri sendiri dan mulia pada pandangan manusia lain. Sebaliknya mencari redha Allah makan iai akan merasa kebahagiaan yang sebenar duniawi dan ukhrawi.

Keutamaan mencari redha Allah ada disebut di dalam Al-Quran iaitu :-
  1. Ia akan memperolehi keuntungan 2 kali ganda - Surah Al-Baqarah : 265
  2. Orang yang redha dengan Allah tidak akan mendapat bencana dan akan mendapat kurnia nikmat yang besar - Surah Ali-Imran : 174
  3. Orang yang redha dengan Allah akan mendapat pahala yang besar dan memperolehi keampunan dari Allah - Surah An-Nisa' : 114 & Surah Al-Fath : 29
Untuk mencapai redha Allah, ia terbahagi kepada 2 peringkat :-
  1. Dengan melakukan tuntutan dan suruhan seperti di dalam Al-Quran dan Hadith iaitu dengan takut kepada Allah, bertaqwa kepada Allah, beriman, berhijrah dan berjihad ke jalan Allah serta berbuat baik kepada kedua orang tua.
  2. Dengan memiliki sikap menerima dengan hati yang terbuka dan bersenang hati dengan segala ketentuan Allah. Siapa yang penuh hatinya dengan redha kepada ketentuan Allah maka Allah akan memenuhi dirinya dengan kecukupan dan ketenangan. Barangsiapa yang tidak redha kepada ketentuan Allah maka Allah akan memenuhi hatinya dengan hal-hal yang sebaliknya.

Jelas disini bahawa redha dengan ketentuan Allah perlu ada dalam diri manusia yang mahu memperolehi keberkatan dan kebahagian dalam menjalani kehidupan seharian. Negara kita dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 pada awal pagi ini. Sehingga kini belum ada apa-apa berita rasmi mengenai kehilangan pesawat tersebut. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa dan berserah kepada Allah. Segala ketentuan Allah itu mungkin ada hikmahnya, kita hanya merancang dan mampu mengatur perancangan tapi ketentuannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Perkara yang berlaku adalah diluar jangkaan manusia dan kepada para waris keluarga mangsa bersabar dan berdoa agar Allah permudahkan di dalam urusan pencarian pesawat tersebut. 


Ibnu Qayyim berkata : " Barangsiapa yang memenuhi hatinya dengan redha kepada takdir, maka Allah akan memenuhi dadanya dengan kecukupan, tenang dan qana'ah serta mengosongkan hatinya untuk mencintaiNya serta kembali dan bertawakkal kepadaNya" 

Monday, March 3, 2014

Mengapa Perlu Ambil Asid Folic


Acid Folic ialah sejenis vitamin B yang mana tubuh kita amat memerlukannya bagi pembentukan sel baru. Ia juga dianggap sebagai makanan otak untuk mengeluarkan tenaga serta pembentukan sel darah merah. Selain itu ia juga berfungsi untuk menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.


Asid Folic amat penting dalam proses kehamilan.Tanpa asid folic yang cukup semasa hamil boleh menyebabkan gangguan otak dan tulang belakang bayi yang juga dikenali sebagai "neural tube defects" atau NTD. Wanita yang hamil dianjurkan mengambil 400 micrograms (400mcg) setiap hari sebagaimana dinyatakan oleh U.S. Public Health Services. Asid Folic amat berkesan bila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Akibat dari kekurangan asid folic boleh menyebabkan sakit disekeliling mulut, sakit lidah, tumbesaran kanak-kanak menjadi lembab dan anemia. Antara sumber makanan harian yang mengandungi asid folic ialah beras perang, keju, ayam kurma, daging kambing, daging lembu, hati, sayuran hijau, sayuran berubi, gandum, ikan salmon, ragi yang ditapai, barli, susu, cendawan, tuna dan bijirin.

Selain itu, pengambilan asid folic juga dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan kecacatan pada bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama serta kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.  


Bagi wanita yang merancang untuk hamil digalakkan mengambil asid folic sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi yang telah hamil disyorkan mengambil asid folic setiap hari dari awal kehamilan sehingga sekurang-kurangnya untuk 12 minggu yang pertama. Ini adalah kerana pada kehamilan 12 minggu yang pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi berkembang dengan pantas. Bila usia kandungan melebihi 13 minggu iaitu memasuki trimester kedua, pengambilan asid folic boleh dihentikan tetapi digalakkan untuk terus mengambilnya sehingga kelahiran bayi.


Pengambilan asid folic juga dapat mencegah kecacatan bayi dalam lingkungan 50% hingga 70% kemungkinan ianya berlaku. Dari pengalaman wanita yang pernah mengambil asid folic sebelum dan semasa hamil menyatakan bahawa kulit bayi yang lahir nampak gebu dan cantik. Kepada kaum wanita yang merancang untuk hamil adalah disarankan untuk mengambil asid folic bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan dalam keadaan sihat tanpa kecacatan.


Untuk wanita yang hamil perlu mendapatkan asid folic yang lengkap sebagaimana yang dihasilkan oleh pengeluar produk vitamin yang ke-4 terbaik didunia iaitu vitamin B-Complex dengan asid folic yang lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, B2 - Riboflavin, B3 - Niacin, B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxine, B7 - Biotin, B9 - Folic Asid dan B12 - Cyanocobalamin. Vitamin B-Complex ini juga penting kepada penghidap diabetes. Adalah amat digalakkan untuk wanita yang sudah bersalin dapat terus mengambil vitamin B-Complex yang bertindak sebagai anti-stress dan mengelakkan dari terkena penyakit 'meroyan'.