Monday, March 3, 2014

Mengapa Perlu Ambil Asid Folic


Acid Folic ialah sejenis vitamin B yang mana tubuh kita amat memerlukannya bagi pembentukan sel baru. Ia juga dianggap sebagai makanan otak untuk mengeluarkan tenaga serta pembentukan sel darah merah. Selain itu ia juga berfungsi untuk menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.


Asid Folic amat penting dalam proses kehamilan.Tanpa asid folic yang cukup semasa hamil boleh menyebabkan gangguan otak dan tulang belakang bayi yang juga dikenali sebagai "neural tube defects" atau NTD. Wanita yang hamil dianjurkan mengambil 400 micrograms (400mcg) setiap hari sebagaimana dinyatakan oleh U.S. Public Health Services. Asid Folic amat berkesan bila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Akibat dari kekurangan asid folic boleh menyebabkan sakit disekeliling mulut, sakit lidah, tumbesaran kanak-kanak menjadi lembab dan anemia. Antara sumber makanan harian yang mengandungi asid folic ialah beras perang, keju, ayam kurma, daging kambing, daging lembu, hati, sayuran hijau, sayuran berubi, gandum, ikan salmon, ragi yang ditapai, barli, susu, cendawan, tuna dan bijirin.

Selain itu, pengambilan asid folic juga dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan kecacatan pada bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama serta kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.  


Bagi wanita yang merancang untuk hamil digalakkan mengambil asid folic sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi yang telah hamil disyorkan mengambil asid folic setiap hari dari awal kehamilan sehingga sekurang-kurangnya untuk 12 minggu yang pertama. Ini adalah kerana pada kehamilan 12 minggu yang pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi berkembang dengan pantas. Bila usia kandungan melebihi 13 minggu iaitu memasuki trimester kedua, pengambilan asid folic boleh dihentikan tetapi digalakkan untuk terus mengambilnya sehingga kelahiran bayi.


Pengambilan asid folic juga dapat mencegah kecacatan bayi dalam lingkungan 50% hingga 70% kemungkinan ianya berlaku. Dari pengalaman wanita yang pernah mengambil asid folic sebelum dan semasa hamil menyatakan bahawa kulit bayi yang lahir nampak gebu dan cantik. Kepada kaum wanita yang merancang untuk hamil adalah disarankan untuk mengambil asid folic bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan dalam keadaan sihat tanpa kecacatan.


Untuk wanita yang hamil perlu mendapatkan asid folic yang lengkap sebagaimana yang dihasilkan oleh pengeluar produk vitamin yang ke-4 terbaik didunia iaitu vitamin B-Complex dengan asid folic yang lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, B2 - Riboflavin, B3 - Niacin, B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxine, B7 - Biotin, B9 - Folic Asid dan B12 - Cyanocobalamin. Vitamin B-Complex ini juga penting kepada penghidap diabetes. Adalah amat digalakkan untuk wanita yang sudah bersalin dapat terus mengambil vitamin B-Complex yang bertindak sebagai anti-stress dan mengelakkan dari terkena penyakit 'meroyan'. 

No comments:

Post a Comment