Wednesday, February 26, 2014

Aduh Sakitnya Kaki!


Minggu lepas adalah minggu yang sibuk dengan tugas hakiki dan bertugas sempena dengan Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang kali ke-19 maknanya sudah hampir 16 tahun terlibat dalam festival tahunan ini. Selain itu tugas hakiki perlu disiapkan segera untuk audit 2013.


Terlibat dalam tugasan Festival Layang-Layang memang kena banyak berjalan, urusan dengan pembekal, persediaan minuman dan jamuan majlis penutup festival tersebut. Itulah rutin tetap yang dilakukan selama 16 tahun. Umur semakin meningkat, 16 tahun yang dahulu tak sama dengan sekarang, maklumlah umur dah masuk setengah 4 series. Ada cerita pulak tengah-tengah sibuk ni berlaku satu insiden luar jangkaan.

Lif kat opis takleh guna sebab berlaku kerosakan pada sumber elektrik. Paling bagusnya opis saya di tingkat 16, jadi terpaksalah turun tangga (syukur bukan naik tangga). Walaupun turun tangga tapi 16 tingkat tu kena menapak, lebih 100 anak tangga. Sampai tingkat bawah terasa berdenyut tumit, macam rasa nak "cramp".

Tanya kawan-kawan, supplemen mana yang boleh rekomen untuk sakit dan lenguh kaki?. Mereka cadangkan saya ambil OsteMatrix sebab antara kebaikan OsteMatrix ialah kerana ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan boron. Salah satu manfaatnya ialah ia dapat mengatasi kekejangan dan rasa kebas, sakit sendi dan artristis.


Setelah mengambil supplemen ini untuk beberapa hari terasa perubahan, sakit kaki dan lenguh tu rasa kurang dan badan rasa ringan.

Pada masa itu juga saya google di internet dan kebanyakkan maklumat yang saya jumpa memberi jawapan yang sama. Banyak testimoni yang saya jumpa mengatakan ia betul-betul berkesan.



Kalau nak banding harga Ostematrix dengan produk yang sama dengannya jauh lebih murah dari produk lain. Saya buat andaian, sebotol Ostematrix ada 120 biji pada harga RM61.00 (S.M) maknanya 1 biji bersamaan 51 sen. Satu hari kena makan 2 biji sahaja. Jadi untuk satu botol tu boleh guna hingga 2 bulan. Secara purata 1 bulan hanya RM 30.00 sahaja. Yang paling penting value produk Shaklee adalah terbaik.

Friday, February 21, 2014

Permudahkan Urusan Ibu Dan Ayah


Bulan lepas saya diberitahu oleh emak saya mengenai temujanji untuk buat 'scan' jantung di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru. 'Appointment' tersebut bertarikh 17 Februari 2014 hari Isnin. Kami adik beradik taklah ramai, 3 orang sahaja seorang kerja jauh di utara, seorang lagi kerja dan saya soranglah yang 'free' pada ketika itu sebab saya memang kerja 'freelance'. Mungkin itulah hikmahnya saya berhenti kerja makan gaji dan memilih bekerja sendiri sepuluh tahun yang lepas. Allah yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui dalam membuat perancangan kepada mahlukNya.


Emak saya mengidap penyakit buah pinggang 13 tahun yang lalu. Pada ketika itu, penyakit ini hanya dapat dikesan ditahap kronik. Kedua-dua buah pinggang mengecut dan terpaksa dibuang untuk mengelakkan kemudaratan kepada badan. Mengimbas kembali kisah ini bahawa penyakit yang dihidapi oleh emak saya memang tidak dijangka. Berat badan menjadi susut secara drastik yang mana sebelum ini emak saya sihat dan punyai berat badan normal. Setelah buat 'medical check-up' baru dapat 'detect' emak saya menghidapi penyakit buah pinggang tahap kronik iaitu sebelah sudah mengecut dan sebelah hampir tidak berfungsi. 



Punca sebenarnya datang dari batu karang yang terbentuk salur dipundi kencing. Setelah beberapa sesi perjumpaan dengan doktor, pembedahan perlu dibuat untuk buang buah pinggang yang rosak dan mengeluarkan batu karang. Keadaan memang kritikal pada masa itu kerana kuman telah mula berjangkit kepada organ yang lain. Keadaan emak yang lemah dengan tekanan darah yang rendah dan koma menyukarkan untuk meneruskan operasi pembedahan. Emak dimasukkan ke ICU untuk beberapa hari untuk menstabilkan tekanan darah dan melawan jangkitan kuman. 


Alhamdulillah, selang beberapa hari pembedahan berjaya dilakukan dan kedua-dua buah pinggang terpaksa dibuang dan emak perlu menjalani dialisis seumur hidup selagi tiada orang yang mendermakan buah pinggang. Jadi bermulalah episod baru dalam kehidupan emak saya yang perlu menjadi dialisis 3 kali seminggu. Pada ketika itu tiada pusat dialisis yang berhampiran dengan kampung kami. Tempat dialisis yang paling hampir ialah di Johor Bahru. Maknanya ibubapa saya kena mengharungi perjalanan dengan menaiki bas ke pusat dialisis tersebut sejauh 60km. Kena keluar rumah awal pagi untuk sampai ke pusat dialisis tersebut pada waktu yang telah ditetapkan untuk mulakan sesi dialisis. Setiap sesi dialisis mengambil masa 3 jam untuk selesai. Selalunya selepas selesai dialisis badan rasa letih, inikan pulak kena naik bas lagi untuk pulang ke rumah. 

Begitulah rutin kedua ibubapa saya 3 kali seminggu untuk beberapa tahun. Satu pusat dialisis telah dibuka di kampung berhampiran dan alhamdulillah berita baik untuk emak saya kerana pusat dialisis tersebut menyediakan pengangkutan pergi balik dengan kos yang berpatutan. Sebelum itu kos dialisis bagi setiap sesi ialah dalam lingkungan RM 200 maknanya untuk sebulan kami terpaksa berbelanja hampir RM 3000 seumur hidup. Oleh itu jagalah kesihatan kita selalu dengan mengamalkan diet dan cara hidup yang sihat selain kerap membuat pemeriksaan doktor untuk memastikan tahap kesihatan kita dan berdoa supaya kita diberi kesihatan yang baik dan terpelihara dari gejala penyakit.


Sekarang emak saya telah 13 tahun menjalani dialisis dan alhamdulillah punyai tahap kesihatan baik tapi tak boleh buat kerja berat dan tak boleh berjalan jauh. Lihat pada keadaannya nampak letih kerana kebergantungan kepada mesin dialisis untuk terus hidup. Alhamdulillah juga sebab emak saya tiada kencing manis dan darah tinggi. Tahap kesihatan yang sempurna dapat memberi kehidupan yang lebih baik kepada manusia. Temujanji untuk 'scan' jantung mengambil masa yang singkat sahaja dan laporannya terus dapat untuk diberi kepada doktor pakar di Hospital Pontian. Allah telah melapangkan masa saya dan telah mempermudahkan urusan untuk emak saya. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik perancang.

Nukilan - Khairil Anuar Abd Karim

Sunday, February 16, 2014

Warna-Warni Yang Ada Pada Sayuran Dan Buah-Buahan


Punyai tahap kesihatan yang baik amat diidamkan oleh semua orang. Justeru itu pengambilan bahan makanan yang sempurna yang punyai khasiat adalah perlu. Sumber makanan dari buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sebahagian dari diet harian yang perlu diambil. Sedia maklum diketahui bahawa sumber makanan tersebut kaya dengan serat, mineral, vitamin dan fitokimia iaitu bahan-bahan yang menyihatkan badan. Fitokimia mempunyai fungsi anti-oksidan yang yang boleh melawan penyakit terutamanya kanser.

Secara fizikalnya kita boleh lihat pelbagai variasi warna yang terdapat pada kebanyakkan sayuran dan buah-buhan yang banyak terdapat di pasar basah atau di pasaraya utama berhampiran dengan kita. Tahukah anda bahawa setiap warna yang ada pada sayuran dan buah-buahan tersebut mengandungi khasiatnya tersendiri.


Warna Kuning Atau Jingga

Antara contoh sayuran dan buah-buahan ialah seperti betik, lobak merah, mangga, limau, cili benggala kuning, tembikai kuning, tomato, keledek, oren dan labu. Warna kuning dan oren kaya dengan kandungan zeaxanthin, beta-karoten, kalium, potassium, vitamin C. Ia berfungsi untuk meningkatkan ketahanan tubuh dari jangkitan, baik untuk menurunkan tekanan darah tinggi, mengurangkan pembentukan plak di arteri, bertindak sebagai pencuci perut dan baik untuk kesihatan mata.


Warna Hijau

Sayuran dan buah-buahan yang berwarna hijau berasal dari klorofil yang mengandungi isothiocyanate, indoles dan sulfarophane yang berfungsi untuk merangsang komponen pemecah unsur kimia iaitu penyebab kanser. Ia juga dapat melawan radikal bebas yang berbahaya dan membantu menurunkan kadar kolesterol LDL. Antaranya adalah seperti lada benggala hijau, buah kiwi, sayuran berdaun hijau iaitu kangkung, sawi, cekor manis, bayam, kacang panjang, kacang botol, timun, epal hijau dan lain-lain.


Warna Putih

Sayuran dan buah-buahan yang berwarna putih memang kaya dengan vitamin C, kalium, serat, beta-glukan, EGCG, lignan yang dapat menurunkan risiko kanser usus besar, kanser payudara, kanser prostat dan meningkatkan keseimbangan hormon. Contoh sayuran dan buah-buahan adalah seperti jambu batu, lobak putih, sengkuang, pisang, buah pir, kubis cina, kentang, manggis serta bunga kobis.


Warna Merah

Sayur dan buah yang berwarna merah mengandungi zat seperti lycopene, lutein, asam ellagic dan hesperidin yang boleh mengawal pertumbuhan tumor, mengurangkan pelbagai risiko kanser dan penyakit jantung. Jenis buah-buahan dan sayuran termasuklah tomato, tembikai merah, bayam merah, jambi air, cili dan lada benggala merah.


Warna Biru Atau Unggu

Warna biru atau unggu yang terdapat pada sayuran dan buah-buahan mengandungi magnesium dan kaya dengan fitokimia seperti anthocyanin yang berfungsi untuk melancarkan pencernaan dengan menurunkan kadar kolesterol dan asid hempedu di dalam usus untuk dihantar keluar dari tubuh. Ia juga dapat meningkatkan penyerapan kalsium dan mineral lain, melawan keradangan dan mengurangkan pertumbuhan tumor. Contohnya adalah seperti buah anggur, terung, kubis unggu, buah plum, buah naga merah dan beri biru. 

Wednesday, February 12, 2014

Nikmatnya Hidup Bebas Hutang! (Part 2)

Sambungan dari post yang lepas...

2 appointment telah dibuat semasa di Kuala Lumpur nanti. Sebelum itu segala dokumen-dokumen yang perlu telah siap prepare supaya senang nak berurusan atau sebagai point untuk buat reshedule loan. Merujuk kembali kepada baki tertunggak kedua-dua pinjaman kad kredit tu memang rasa geram sebab jumlah interest melebihi dari jumlah pokok. Ya Allah Ya TuhanKu, Ampun Dosa HambaMu Ini Yang Jahil Lagi Fakir. Sebelum ini memang ambil tak tahu pasal bab riba' ni, tapi bila baca buku agama dan hadir kuliah agama yang menerangkan hukum memakan riba', Masya Allah memang perit azab yang bakal diterima jika Allah mencabut nyawaku sekarang.


Ketahuilah wahai sahabat bahawa memakan riba' itu haram dan termasuk dalam kategori "Dosa Besar"

Firman Allah SWT : 

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 ) 


Memakan Riba' Adalah Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

Ia Juga Adalah Salah Satu Dari Tujuh Dosa Terbesar

Ia berdasarkan hadith nabi SAW :

Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Aku bertaubat Ya Tuhanku, Elakkan Aku Dari Golongan Yang Makan Riba. Tanpa kita sedari tahukah kita bahawa dalam kehidupan seharian kita secara tidak langsung sedar atau tidak wujud unsur riba'. Kita buat pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, pinjaman kad kredit, pinjaman beli komputer, kita buka akaun simpanan atau semasa secara convensional dan kita perolehi interest pada setiap hujung bulan, itupun dikira riba'. Nasihat saya bila buat apa-apa pinjaman elok pilih yang berteraskan islamik bebas riba'. Insya Allah, selamat dunia dan akhirat.



Ok kita tinggal bab riba cukup untuk peringatan kita bersama.

Berbalik kepada soal cara saya settlekan masalah loan kad kredit tadi. Sebenarnya loan kad kredit saya memang dah "freeze" tak leh guna lagi facilities tu tapi macam saya kata tadi yang jahatnya interest tetap dikira hingga melebihi pokok.

Semasa berbincang dengan 2 pegawai bank yang in-charged, saya diberi layanan dengan baik malah mereka mencadangkan supaya bayaran balik pinjaman tersebut dibuat secara ansuran setelah baki tertunggak yang muktamad dikira. Selepas ni tiada tambahan interest dikenakan. Rasa lega, bayaran ansuran dibuat selama 33 bulan, Alhamdulillah. Dengan itu selesai satu masalah dan bermula dari situ kami telah "convert" segala loan kepada Islamik loan yang bebas riba'. Disini yang penting setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya, dalam kes ni saya  selalu berhubung dan berbincang dengan pegawai bank tersebut dan nah, settle juga masalah saya.

Sekarang hidup lebih tenang dan berlapang dada, tanpa kad kredit pun masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Berikut sedikit perkongsian mengenai doa yang elok dibaca selepas solat bagi mengelakkan beban hutang :


Selain itu amalan-amalan yang elok kita praktik dalam menjalani kehidupan seharian bagi memperolehi barakah dan rahmat dari Allah, dimurahkan rezeki seperti  Solat Dhuha, Membaca Al-Mathurat di waktu pagi dan petang, Solat Taubat, Solat Hajat & Solat Tahajud. Inilah sedikit perkongsian dari saya yang jahil lagi fakir dalam bab agama ni. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Nukilan - Khairil Anuar Abd Karim

Sunday, February 9, 2014

Nikmatnya Hidup Bebas Hutang! (Part 1)


Dulu masa zaman mula bekerja pada awal tahun 90-an memang rasa ghairah untuk hidup bergaya bak kata pepatah "Biar Papa Asal Bergaya". Untuk kelangsungan hidup harta benda yang dianggap barang keperluan memang menjadi keutamaan untuk dibeli. Kereta adalah barang keperluan pada ketika itu sebagai kenderaan untuk ke tempat kerja. Itu lah matlamat yang hendak dibeli apabila cukup duit deposit terus buat survey di kedai-kedai kete secondhand.


Setelah beberapa bulan bekerja dan dah mula pegang stereng kete, mulalah beranggan untuk miliki kad kredit kononnya menjadi kebanggaan punyai kad plastik yang berkuasa untuk membeli padahal ia adalah titik-titik permulaan untuk berhutang. Memang syok ada kad kredit ni terutamanya bila hendak isi minyak kete, swep aje full tank pulak tu...aduh rasa seronok berhutang. Sampai ujung bulan bayar minimum saje, bukannya bayar penuh. Jadi sampai bila hutang kad nak susut, guna maksima tapi bayar minima. Tak cukup dengan satu kad, datang pulak offer kad kredit dari bank lain...sapu jugak. Hidup dikelilingi dengan hutang.


Setelah bekerja beberapa tahun, hutang makin bertambah mula pening kepala bila sampai ujung bulan, duit habis bayar hutang aje. Di akhir tahun 90-an dan awal tahun 2000 keadaan ekonomi mula gawat dan ada tanda-tanda company nak tutup, makin jadi tak keruan masa tu. Memang telah dijangka akhirnya pada Mac 2002 aku adalah orang terakhir tutup pintu opis. Dengan jumlah pampasan yang tak seberapa dan tiada sumber pendapatan untuk beberapa bulan, hidup seharian amat memeritkan. Kerana apa, ini sebabkan tahap hutang dah membukit yang perlu dibayar. Hutang rumah, hutang kete, hutang kad kredit dan lain-lain hutang.



Masalah hutang memang berlarutan hingga beberapa tahun dan seingat-ingat hampir 10 tahun. Pesan seorang kawan katanya " Jangan lari dari masalah tapi kau kena tempoh dan hadapi masalah kau ni. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya". Setelah dapat info aku cuba pergi ke Bank Negara untuk tujuan konsultansi. Mereka cadangkan dan buat temujanji dengan AKPK, sebuah agensi yang membantu kepada mereka yang hadapi masalah penyelesaian hutang. Hadir pada sesi taklimat AKPK pada tarikh yang telah ditetapkan. Aku tidak keseorangan, ramai yang hadir pada sesi taklimat tu. Memang betul statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara iaitu kadar hutang isi rumah di Malaysia antara yang tertinggi di Asia.



Setelah mendengar taklimat AKPK, aku dicadangkan untuk merujuk kepada pihak bank yang aku berhutang untuk "reschedule" hutang tersebut. Aku ada 2 kad kredit yang perlu di "settlekan", yang uniknya kedua-duanya dari bank yang sama setelah beberapa buah bank yang telah di "take over" oleh bank yang lebih besar kesan kegawatan ekonomi negara pada ketika itu. Memang benar kata kawanku tadi, setiap masalah ada penyelesaiannya. Nak kongsi tip disini bahawa jika kita berhutang terutamanya kad kredit kita kena tahu berapa banyak hutang yang tertunggak. Kalau dapat surat dari bank, jangan buang surat itu tapi kena semak dan simpan sebagai rujukan.

Aku ke Kuala Lumpur untuk settlekan masalah ni tapi sebelum tu kena buat appointment dengan siapa hendak jumpa, jangan main terjah aje. Buang masa kita nanti. Setelah dapat confirmation tarikh dan dengan siapa hendak jumpa, barulah boleh plan dokumen apa yang perlu dibawa.

Di Kuala Lumpur 2 appointment telah dibuat.

Apa yang dibincangkan dan nantikan cerita selanjutnya di post yang akan datang.

Nukilan - Khairil Anuar Abd Karim



Tuesday, February 4, 2014

Pasar Kemboja Ulu Tiram & Majlis Kahwin Adik Di Merlimau


Kisah kali ni lebih kepada cerita sepanjang majlis perkahwinan adik perempuan bongsu yang berlangsung pada Chinese New Year 01 Februari 2014 yang lepas. Ini adalah majlis perkahwinan kali terakhir bagi keluarga kami setelah keempat-empat adik-beradik selesai menamatkan zaman bujang. Alhamdullillah.

Persiapan bagi majlis tersebut telah dirancang lebih 6 bulan sebelumnya walaupun tempoh bertunang yang pendek tak sampai setahun. Majlis pada kali ini tak seperti majlis sebelum ni sebab dulu persiapan kenduri di buat secara rewang, pakat ramai-ramai orang kampung masak kenduri dan suasana lebih meriah ketika itu. Tapi pada kali ni kami sekeluarga bersetuju untuk ambil katering sahaja untuk segala persiapan majlis dari khemah hingga makanan. Jadi kami cuci tangan sahaja takyah fikir hal nak mengemas sesudah majlis selesai.

Majlis pada kali ini dibuat berturut-turut iaitu selesai majlis kenduri kahwin belah perempuan pada 01 Februari esoknya pula majlis berundur di rumah pengantin lelaki memandang kedua-dua pengantin tinggal berhampiran, tidaklah jauh sangat. Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan cuaca yang agak panas.




Sebelum itu, kami bersetuju untuk pakai pakaian sedondon bertemakan warna oren. Jadi kenalah "matching" semuanya termasuklah tudung. Puas cari tudung yang sesuai dengan warna oren dan boleh dapat jumlah yang banyak maklumlah ramai nak pakai. Tempat yang paling sesuai nak cari benda tu ialah di Pasar Kemboja Ulu Tiram yang diadakan seminggu sekali pada hari Khamis. Kat sini diorang jual secara pukal, jadi banyak pilihan sampai tak terpilih. Dapat juga tundung yang hendak dicari, Alhamdulillah.


Selesai sudah majlis perkahwinan tersebut dan akhirnya pada sebelah malam kami di ajak makan ikan bakar di Medan Ikan Bakar Serkam. Macam biasa kalau kat Melaka ni selalunya makan ikan bakar dengan nasi lemak bungkus, memang sedap dan menyelerakan.

Selamat Pengantin Baru & Semoga Kekal Hingga Hujung Nyawa