Wednesday, February 12, 2014

Nikmatnya Hidup Bebas Hutang! (Part 2)

Sambungan dari post yang lepas...

2 appointment telah dibuat semasa di Kuala Lumpur nanti. Sebelum itu segala dokumen-dokumen yang perlu telah siap prepare supaya senang nak berurusan atau sebagai point untuk buat reshedule loan. Merujuk kembali kepada baki tertunggak kedua-dua pinjaman kad kredit tu memang rasa geram sebab jumlah interest melebihi dari jumlah pokok. Ya Allah Ya TuhanKu, Ampun Dosa HambaMu Ini Yang Jahil Lagi Fakir. Sebelum ini memang ambil tak tahu pasal bab riba' ni, tapi bila baca buku agama dan hadir kuliah agama yang menerangkan hukum memakan riba', Masya Allah memang perit azab yang bakal diterima jika Allah mencabut nyawaku sekarang.


Ketahuilah wahai sahabat bahawa memakan riba' itu haram dan termasuk dalam kategori "Dosa Besar"

Firman Allah SWT : 

Ertinya : “Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kamu kepada Allah SWT dan tinggalkanlah saki baki Riba sekiranya kamu benar-benar beriman, sekiranya kamu tidal meninggalkannya, istisharkanlah perang dengan Allah dan RasulNya” (Al-Baqarah : 278 ) 


Memakan Riba' Adalah Lebih Berat dari 36 Kali Zina.

Nabi SAW bersabda :

Ertinya : “Satu dirham Riba yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )

Ia Juga Adalah Salah Satu Dari Tujuh Dosa Terbesar

Ia berdasarkan hadith nabi SAW :

Ertinya : “Jauhilah tujuh dosa besar, Syirik, Sihir, membunuh tanpa hak, makan harta anak yatim, makan riba, lari dari medan peperangan (kerana takut) dan menuduh perempuan yang suci dengan zina ( tanpa saksi adil) “ ( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Aku bertaubat Ya Tuhanku, Elakkan Aku Dari Golongan Yang Makan Riba. Tanpa kita sedari tahukah kita bahawa dalam kehidupan seharian kita secara tidak langsung sedar atau tidak wujud unsur riba'. Kita buat pinjaman peribadi, pinjaman kenderaan, pinjaman kad kredit, pinjaman beli komputer, kita buka akaun simpanan atau semasa secara convensional dan kita perolehi interest pada setiap hujung bulan, itupun dikira riba'. Nasihat saya bila buat apa-apa pinjaman elok pilih yang berteraskan islamik bebas riba'. Insya Allah, selamat dunia dan akhirat.



Ok kita tinggal bab riba cukup untuk peringatan kita bersama.

Berbalik kepada soal cara saya settlekan masalah loan kad kredit tadi. Sebenarnya loan kad kredit saya memang dah "freeze" tak leh guna lagi facilities tu tapi macam saya kata tadi yang jahatnya interest tetap dikira hingga melebihi pokok.

Semasa berbincang dengan 2 pegawai bank yang in-charged, saya diberi layanan dengan baik malah mereka mencadangkan supaya bayaran balik pinjaman tersebut dibuat secara ansuran setelah baki tertunggak yang muktamad dikira. Selepas ni tiada tambahan interest dikenakan. Rasa lega, bayaran ansuran dibuat selama 33 bulan, Alhamdulillah. Dengan itu selesai satu masalah dan bermula dari situ kami telah "convert" segala loan kepada Islamik loan yang bebas riba'. Disini yang penting setiap masalah tentu ada jalan penyelesaiannya, dalam kes ni saya  selalu berhubung dan berbincang dengan pegawai bank tersebut dan nah, settle juga masalah saya.

Sekarang hidup lebih tenang dan berlapang dada, tanpa kad kredit pun masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Berikut sedikit perkongsian mengenai doa yang elok dibaca selepas solat bagi mengelakkan beban hutang :


Selain itu amalan-amalan yang elok kita praktik dalam menjalani kehidupan seharian bagi memperolehi barakah dan rahmat dari Allah, dimurahkan rezeki seperti  Solat Dhuha, Membaca Al-Mathurat di waktu pagi dan petang, Solat Taubat, Solat Hajat & Solat Tahajud. Inilah sedikit perkongsian dari saya yang jahil lagi fakir dalam bab agama ni. Semoga bermanfaat untuk kita semua.

Nukilan - Khairil Anuar Abd Karim

No comments:

Post a Comment