Sunday, February 9, 2014

Nikmatnya Hidup Bebas Hutang! (Part 1)


Dulu masa zaman mula bekerja pada awal tahun 90-an memang rasa ghairah untuk hidup bergaya bak kata pepatah "Biar Papa Asal Bergaya". Untuk kelangsungan hidup harta benda yang dianggap barang keperluan memang menjadi keutamaan untuk dibeli. Kereta adalah barang keperluan pada ketika itu sebagai kenderaan untuk ke tempat kerja. Itu lah matlamat yang hendak dibeli apabila cukup duit deposit terus buat survey di kedai-kedai kete secondhand.


Setelah beberapa bulan bekerja dan dah mula pegang stereng kete, mulalah beranggan untuk miliki kad kredit kononnya menjadi kebanggaan punyai kad plastik yang berkuasa untuk membeli padahal ia adalah titik-titik permulaan untuk berhutang. Memang syok ada kad kredit ni terutamanya bila hendak isi minyak kete, swep aje full tank pulak tu...aduh rasa seronok berhutang. Sampai ujung bulan bayar minimum saje, bukannya bayar penuh. Jadi sampai bila hutang kad nak susut, guna maksima tapi bayar minima. Tak cukup dengan satu kad, datang pulak offer kad kredit dari bank lain...sapu jugak. Hidup dikelilingi dengan hutang.


Setelah bekerja beberapa tahun, hutang makin bertambah mula pening kepala bila sampai ujung bulan, duit habis bayar hutang aje. Di akhir tahun 90-an dan awal tahun 2000 keadaan ekonomi mula gawat dan ada tanda-tanda company nak tutup, makin jadi tak keruan masa tu. Memang telah dijangka akhirnya pada Mac 2002 aku adalah orang terakhir tutup pintu opis. Dengan jumlah pampasan yang tak seberapa dan tiada sumber pendapatan untuk beberapa bulan, hidup seharian amat memeritkan. Kerana apa, ini sebabkan tahap hutang dah membukit yang perlu dibayar. Hutang rumah, hutang kete, hutang kad kredit dan lain-lain hutang.



Masalah hutang memang berlarutan hingga beberapa tahun dan seingat-ingat hampir 10 tahun. Pesan seorang kawan katanya " Jangan lari dari masalah tapi kau kena tempoh dan hadapi masalah kau ni. Setiap masalah pasti ada penyelesaiannya". Setelah dapat info aku cuba pergi ke Bank Negara untuk tujuan konsultansi. Mereka cadangkan dan buat temujanji dengan AKPK, sebuah agensi yang membantu kepada mereka yang hadapi masalah penyelesaian hutang. Hadir pada sesi taklimat AKPK pada tarikh yang telah ditetapkan. Aku tidak keseorangan, ramai yang hadir pada sesi taklimat tu. Memang betul statistik yang dikeluarkan oleh Bank Negara iaitu kadar hutang isi rumah di Malaysia antara yang tertinggi di Asia.



Setelah mendengar taklimat AKPK, aku dicadangkan untuk merujuk kepada pihak bank yang aku berhutang untuk "reschedule" hutang tersebut. Aku ada 2 kad kredit yang perlu di "settlekan", yang uniknya kedua-duanya dari bank yang sama setelah beberapa buah bank yang telah di "take over" oleh bank yang lebih besar kesan kegawatan ekonomi negara pada ketika itu. Memang benar kata kawanku tadi, setiap masalah ada penyelesaiannya. Nak kongsi tip disini bahawa jika kita berhutang terutamanya kad kredit kita kena tahu berapa banyak hutang yang tertunggak. Kalau dapat surat dari bank, jangan buang surat itu tapi kena semak dan simpan sebagai rujukan.

Aku ke Kuala Lumpur untuk settlekan masalah ni tapi sebelum tu kena buat appointment dengan siapa hendak jumpa, jangan main terjah aje. Buang masa kita nanti. Setelah dapat confirmation tarikh dan dengan siapa hendak jumpa, barulah boleh plan dokumen apa yang perlu dibawa.

Di Kuala Lumpur 2 appointment telah dibuat.

Apa yang dibincangkan dan nantikan cerita selanjutnya di post yang akan datang.

Nukilan - Khairil Anuar Abd Karim



2 comments:

  1. Memang nikmat hidup bebas tanpa hutang kan. ;) Kalau ada hutang apa-apa, memang nak sangat cepat-cepat selesaikan.

    ReplyDelete