Saturday, January 17, 2015

CABARAN 66 HARI DETOX BERSAMA ZARA

Assalamu’alaikum….salam sejahtera dan semoga semua rakan-rakan dan adik-adik berada didalam keadaan sihat waafiat. Syukur alhamduilah kerana kita masih dalam pelukan kasih sayang Allah…aamiin.

DETOX??? Ha ha satu benda yang kita tahu tapi buat tak tahu. Ok la bermua kisah detox oh detox ku apabila mengenai zara si Ratu Detox di Group MFMS – The Most Fantastic Millionaires in Shakee. Mulanya perhati dan dengar jer dia bercoaching dgn ahli-ahli MFMS. Lama-lama memberanikan diri mendekati dia secara personal.  Bermula dari situ la tertubuhnya Group Detox bersama Zara dan kini berada di Group 1 Cabaran 66 hari berdetox bersama zara.

Bermula dari 5-1-2015 Group kami telah diberi assignment mengenai diri masing-masing dan apa matlamat kami. Matlamat saya cuma nak sihat untuk senang beribadah dan kerja. Kalau badan kita sakit macam mana nak buat kerja kan. Lagi satu misi ini juga secara tak langsung ingin mengempiskan perut yang tak berapa cantik ni…ha ha. Cabaran untuk melaksanakan misi ini adalah kekangan waktu dan wang ringgit yang memerlukan modal yang  besar. Untuk permulaan guna dulu apa yang ada.

Misi di teruskan bila semua orang diminta minum air detox….macam-macam gaya mereka buat dan macam-macam botol mereka pakai…ada yang buat epal hijau + lemon + halia muda, ada yang buat epal hijau + anggur dan macam-macam lagi. Selepas beberapa hari berdetox hari jumaat minggu pertama kepada rasa sakit sangat hingga tak boleh fikir hanya baring saje. Rupanya itu la kesan detox. Selepas minum air banyak2 baru la ok. Selepas beberapa hari plk badan rasa semacam…rasa nak demam. Badan dah panas…cari air kelapa sebab dah tak tahan. Ahamdulillah ok. Tahu tak apa jadi lepas baik demam? Ha keluar pulak mata ikan penuh kat mulut. Sampai la ni tinggal satu tak baik lagi. .




Sehingga hari ini terfikir juga boleh ke orang-orang muda ni minum air detox dan ikut resepi zara….Walahu’alam. Saat ini setelah hampir dua minggu berdetox badan saya rasa ringan, saya dah dapat kurangkan berat badan sebanyak 1 kg dan perut juga dah tak rasa terik @ sebu.  Dan yang paing suka bila dapat jogging bersama anak-anak. Cuma skrg tgh cari waktu bila nak ke gym...aturkan pemakanan sihat….relaxkan minda….dekatkan diri kepada Allah. Insyaalah tuhan berkati apa yang kita buat.

Apa yang saya nak buat selepas ni ialah merehatkan usus dengan berpuasa. Rasanya itu adalah antara detox yang terbaik. Fokus…fokus…Everyone can kurus.




Nukilan ini sehingga 17-1-2015. Insyaallah saya akan ceritakan lagi apa yang berlaku seterusnya.

No comments:

Post a Comment