Friday, April 11, 2014

Memahami Wabak Demam Berdarah Ebola


Demam berdarah Ebola adalah disebabkan oleh sekumpulan virus yang memberi kesan kepada sistem organ dalam badan dan sering menyebabkan pendarahan. Asal usul virus ini ditemui di Sungai Ebola di Congo, Afrika pada tahun 1976.


Demam berdarah Ebola adalah salah satu penyakit paling bahaya di dunia yang merebak dalam darah dan menutup sistem imun serta menyebabkan demam panas, sakit kepala dan sakit otot. Ia adalah virus berjangkit yang membunuh sehingga 90 peratus dan tiada vaksin bagi mengubatinya. Terdapat 5 jenis Ebola dan jenis Zaire adalah yang dianggap paling bahaya.

Walaupun wabak ini tidak berlaku di negara kita tetapi adalah penting bagi kita mengetahui tentang wabak Ebola.

Simptom awal virus Ebola adalah demam mengejut, lemah tubuh badan, sakit otot, sakit kepala dan tekak. Antara tanda awal lain ialah muntah, cirit birit, terjejas fungsi hati dan buah pinggang yang boleh menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran.

Tiada vaksin bagi penyakit virus Ebola setakat ini. Ujikaji terhadap vaksin sedang diuji tetapi masih belum sesuai untuk kegunaan klinikal. Pesakit yang dijangkiti biasanya mengalami dehidrasi yang perlu banyak minum air mengandungi elektrolit atau menerima cecair intravena.


Dianggarkan terdapat lebih 1800 kes Ebola direkodkan dengan lebih 1300 kematian. Ebola berlaku di kampung terpencil di tengah dan barat Afrika yang berhampiran kawasan hutan hujan tropika. Negara yang kerap terjejas adalah di timur iaitu Congo, Uganda dan Sudan.

Penyebab utama virus ini ialah dari kelawar buah. Haiwan lain seperti Gorila, cimpanzi, monyet serta landak dijangkiti dengan memakan kelawar buah atau buah yang telah terkena air liur kelawar.


WHO menasihatkan agar mengelakkan sentuhan dengan pesakit Ebola dan cecair badan mereka dan elak dari berkongsi tuala. Pemakaian sarung tangan dan peralatan perlindungan seperti topeng perlu digunakan oleh perawat atau penjaga pesakit. Tangan perlu dibasuh secara kerap.

Bagi penduduk Guinea, mereka diberi amaran supaya tidak memakan daging kelawar buah yang mereka anggap sebagai makanan istimewa mereka dimana wabak ini mula berlaku.

No comments:

Post a Comment