Saturday, October 4, 2014

Mealshakes! Buat Anak-Anakku Sayang


Wah macam "happening" tajuk post kali ni.

Anak-anak saya memang suka benor minum Mealshakes ni!. Sekarang ni mereka dah pandai bancuh sendiri campur sedikit ESP dan Milo. Mereka kata rasanya sedap dan perut rasa kenyang. Amboi!!

Untuk pengetahuan semua yang belum tahu apa itu Mealshakes, mari terus baca post kali ini!.

Mealshakes ni adalah makanan tambahan yang kaya dengan protein dan kalsium. Selain itu, ia juga diperkaya dengan 19 jenis vitamin seperti Vitamin A, B12, B6, C, E, D, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic, Biotin dan Niacin.

Ia juga mengandungi mineral-mineral penting seperti kalsium, iodin, besi, fosforus, magnesium, selenium, molybdenum, zink dan juga 9 jenis asid amino yang diperlukan badan. Menurut Nutritionist Shaklee, Mealshakes mengandungi protein yang "segera" diserap oleh badan kerana ia memang semulajadi dalam bentuk asid amino dan ia tidak menganggu buah pinggang.


Berbanding dengan protein yang datang dari ikan, ayam dan sebagainya, ia perlu ditukar ke bentuk asid amino dahulu dan barulah ia boleh diserap oleh badan.

Vitamin Shaklee adalah yang paling berkualiti dan mampu dimiliki oleh rakyat Malaysia. Kanak-kanak 12 tahun ke bawah boleh ambil 1 sudu teh sahaja sehari. Jadi 1 tin boleh tahan 2-3 bulan dan kosnya sekitar RM30 sahaja sebulan.

Kita boleh beli pakaian anak-anak kita RM50 sepasang dan boleh makan di fast food restaurant berbelanja berpuluh ringgit. Takkan untuk belanja supplemen kurang RM50 sebulan pun rasa mahal. Ini adalah pelaburan jangka panjang yang baik untuk kesihatan anak-anak kita.

Kanak-kanak zaman ini hanya suka makan "junk food" dan kurang gemar makan sayur. Kekurangan nutrisi yang mungkin mudah sakit seperti demam, selsema dan seterusnya kita akan berbelanja lebih untuk kos perubatan.

Cara minum Mealshakes pun senang hanya tambah 1 sudu teh ke dalam susu atau apa-apa minuman anak-anak. Bagi yang dewasa ambil 1 sudu besar sehari dan ia sangat sesuai untuk seisi keluarga. Rasa Mealshakes memang sedap semacam aiskrim vanilla sememangya disukai kanak-kanak. Bagi ibubapa yang pentingkan kualiti hidup dan mahukan anak-anak sihat dan pintar, Mealshakes adalah pilihan terbaik.

Wednesday, September 24, 2014

Fattabiouni "Ikutilah Aku"


Fattabiouni bermakna "Ikutilah Aku" iaitu sebuah slot pendek di TV Al-Hijrah yang memaparkan info menarik tentang sunnah Rasulullah SAW yang mencakupi dalam semua aspek kehidupan seharian kita.

Slot ini dihoskan oleh Al Habib Mohammed Alsaggaf yang memberi tazkirah penuh hikmah dengan caranya tersendiri yang di selang seli dengan video grafik yang menarik. Video-video beliau akan saya kongsikan bersama sebagai santapan rohani kita. Semoga kita akan beroleh pahala dan rahmat dari Allah SWT.

Selamat menonton & semoga ia bermanfaat.

Video pada kali ini ialah bertajuk Waqaf/Sedekah


Sunday, September 21, 2014

Herbal Blend Ada Umphh!


Betul ke betul, Herbal Blend Ada Umphh?

Semasa cuti sekolah minggu lepas. kami sekeluarga balik kampung dan tujuan utamanya ialah untuk membersihkan tanah kebun yang dah semak-samun. Lama jugak kami di kampung dan jenuh kami menebas kawasan semak di tanah kebun yang memang dah lama tak ditebas. Selesai menebas, pada sebelah malamnya, suami mula mengadu terasa gatal-gatal di kaki dan di tangan. "Agaknya ini kesan semasa menebang pokok buluh yang merimbun petang tadi" detik di hati kecil ini.

Saya suruh suami sapukan herbal blend pada tempat yang gatal-gatal tadi sebelum tidur. Esok pagi selepas bangun tidur, suami beritahu rasa gatal-gatal malam tadi hilang. Syukur Alhamdulillah .....herbal blend memang hebat.


Sedikit perkongsian tentang herbal blend yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi seperti Sage, Horse Chestnut, Yarrow dan Rosemary memang mempunyai keistimewaan dan kebaikan seperti berikut :-

1. Dapat Melegakan Kesan Ruam Pada Bayi
Kulit bayi lazimnya alah pada ruam lampin, dengan menyapukan herbal blend pada kesan ruam tadi, dapat melegakan rasa pedih dan dapat menghilangkan kesan ruam tersebut.

2. Dapat Menghilangkan Kesan Parut
Sapukan herbal blend pada kesan parut di kulit dan selalunya ia berlaku akibat cengkering atau chicken pox atau demam campak, In Sya Allah ianya akan pudar dan hilang kesan parut tadi.

3. Sebagai Losyen Untuk Kegunaan Harian
Herbal blend memang sesuai digunakan sebagai losyen harian kerana ia tidak berminyak dan menjadikan tangan sentiasa lembut dan selesa.

4. Sebagai Ubat Luka atau Melecur
Ia juga sesuai digunakan sewaktu kecemasan samada luka terkena pisau atau melecur akibat terkena minyak panas, ianya wajib ada di setiap rumah.

5. Merawat Tumit Pecah Dan Melembutkan Kulit Kasar
Sapukan sahaja pada tumit pecah dan anda tentu berpuas hati dengan hasilnya, ia juga dapat melembutkan kulit yang kasar.

6.  Menyelesaikan Masalah Kulit Gatal
Kulit gatal akibat gigitan serangga atau faktor lain dapat diatasi dengan menyapu herbal blend di tempat berkenaan.

Saya memang berpuas hati kerana dapat menggunakan herbal blend yang telah terbukti sesuai dikala saya memerlukannya bagi mengatasi masalah gatal-gatal pada kulit badan.

Saturday, September 20, 2014

Kenapa Perlu Tulis.....???

Assalamu'alaikum, salam sejahtera dan salam muafakat buat semua rakan-rakan, saudara mara, adik-adik dan anak-anak semua.

Hari ini macam teruja pulak nak tulis blog...nak tahu kenapa? tersentap mendengar video Master Firdaus pagi tadi. Penat jer berkongsi tapi tak tulis,,,tulis....tulis. Kena tulis kalau tak asyik tanya jer benda yang sama. Sampai bila nak pandai....Wahhh....sentap tu. 

Kenapa Perlu Tulis???

  • Supaya kita ingat apa ilmu yang kawan-kawan share
  • Supaya kita boleh jawab apabila orang lain tanya
  • Supaya kita ingat apa yang kita nak buat
  • Supaya idea yang datang terus dapat tulis dan ingat
  • Supaya kita tak lupa
Haaa....hambik ko! Penat jer bercakap tapi tak tulis. Lain la kalau pemikiran kita ni mcm ulama-ulama atau ahli bijak pandai kan.

Bila teringat master cakap tadi teringat pulak kat anak-anak yang sedang belajar.....terus coaching dengan dia orang kalau baca buku buat nota kasi ingat dan faham apa yang kita baca. Kongsi ilmu dengan anak-anak pulak. Kalau dulu tak faham kenapa belajar kena buat jadual. Kenapa kita kena ada matlamat dalam pelajaran. Rupa-rupanya kita yang bekerja pun kena ada 'Master check List' dan 'Motion Board' untuk berjaya.

Alang-alang menulis biar sampai jadi master...ayat yang penuh dengan seribu macam makna. 





#MFMS ; THE MOST HAPPENING SHAKLEE TEAM IN MALAYSIA#



Sunday, June 22, 2014

Kisah Vitamin C, Omega Guard dan Vivix

Assalamu'alaikum

Walaupun cuti sekolah dah lama berlalu tetapi cerita ini masih dalam ingatan  saya. Pada cuti sekolah yang lepas, anak saya yang sulung balik ke Pasir Gudang setelah seminggu sibuk dengan kelas tambahan. Maklum la nak ambik SPM tahun ni. Sambil kami duduk bersantai satu hari tu dia bercerita kisah di asrama di mana semua pelajar ada makanan tambahan masing-masing seperti ada yang makan jus tok guru, kismis, coklat minda, examo dan macam-macam jenama sekarang untuk menguatkan minda masing-masing.

Anak saya pula saya bekalkan dengan Vit C dan Omega Guard. Saya beri dia Vit C kerana dia sering demam, selsema, gatal-gatal dan muka berjerawat manakala Omega Guard pula saya berikan untuk memberi kekuatan mindanya. Berkongsi cerita mengenai pelbagai jenis vitamin, dia sangat teruja dengan seorang kawan yang hanya minum air warna merah saja keluaran shaklee. Mula-mula saya tak terfikir langsung tentang vivix sebab mana mampu seorang pelajar sekolah membeli vivix sedangkan kita yang bekerja pun berkira-kira nak membelinya.



Rupa-rupanya ada kisah disebaliknya. Ayahnya pengidap kanser tahap 3 dan sedang di rawat di rumah sakit. Sewaktu anak saya pulang hari tu dia telah pun kembali kerahmatullah.....Al Fatihah. Semoga rohnya di cucuri ramat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Mungkin semasa hayat beliau, agak terlambat beliau mengenali produk Shaklee.  Walaubagaimanapun amanat beliau walaupun beliau dah tiada dia mahu anak-anaknya terus menggunakan Vivix sebagai penahan antibodi tubuh badan mereka. Setiap ahli keluarga mereka menggunakan Vivix. Antara kelebihan Vivik :


Kadang-kadang terfikir di fikiran saya, apa guna duit banyak jika badan kita tidak sihat. Kita kena muhasabah diri untuk mencari yang terbaik. Semoga Allah memberikan kita kekuatan untuk membantu mereka yang kurang upaya.

Thursday, June 19, 2014

Maruku ke twisties????


Kisah ni berlaku masa saya balik Melaka cuti sekolah ari tu. Saya tengok anak-anak leka makan satu makanan dok depan tv. Saya tanya apa tu....tahu x dia org jawab apa...twistiesss...sedap ma mok su buat. Saya ingat kan dia orang tipu, rupa-rupanya betul adik saya buat, Nak tahu apa resepinya....jom saya kongsi kat sini :  

Bahan A
1 Bungkus Laksa Beras (Yang Kering)

Bahan B
1 paket kari daging (saya guna kari adabi yg 60 sen)
1 paket cukup rasa maggi (yg pek kecil)
3 sudu makan gula pasir
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:

1) Goreng laksa beras hingga kembang
2) Kisar semua bahan B
3) Masukkan bahan yang dikisar kedalam laksa yang telah siap di goreng dan gaulkan kesemuanya.

Cubalah.....sekali rasa tak nak berenti. Boleh buat untuk Hari Raya. Dapat banyak dan kosnya sangat murah iaitu RM 4.50 sahaja.

Sunday, April 27, 2014

Ambil Peduli Hal Penyakit Demam Denggi


Penyakit akibat bawaan nyamuk Aedes semakin menjadi-jadi sejak kebelakangan ini. Demam denggi amat merbahaya yang boleh membawa maut. Virus denggi dijangkiti kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes yang boleh menyebarkan penyakit dalam jangka masa 8 sehingga 12 hari selepas menghisap darah manusia. Nyamuk betina yang dijangkiti virus denggi boleh memindahkan virus ke generasi seterusnya melalui ovari.


Vektor demam denggi ialah nyamuk Aedes betina. Melalui gigitan , virus denggi akan memasuki dan beredar di dalam aliran darah. Penyakit ini berpunca dari 4 jenis virus denggi iaitu flavivirus DEN-1, DEN-2, DEN-3 dan DEN-4.

Demam denggi bermula dengan demam mengejut, sakit kepala yang teruk, sakit belakang bebola mata, sakit sendi dan otot dan gatal-gatal. Ciri-ciri keradangan demam denggi adalah bintik-bintik merah terang. Selain sakit perut, mual, muntah dan cirit-birit. Pesakit juga boleh mendapat radang hati, radang otak dan dalam kes luarbiasa radang otot jantung.


Rawatan utama ialah terapi sokongan dimana pesakit digalakkan untuk banyak minum air dan makan. Tambahan cecair intravena diperlukan sekiranya hilang selera makan dan minum bagi menghalang kekeringan air dalam tubuh badan. Pemindahan darah diperlukan sekiranya bilangan platelet turun dengan banyaknya. Minum air mineral sekurang-kurangnya 8 gelas sehari.

Pada masa ini tiada vaksin untuk demam denggi flavivirus. Pencegahan utama adalah dengan menghapuskan vektor nyamuk pembawa denggi. Langkah menghapuskan takungan air di pasu-pasu bunga dan bekas-bekas kosong terbukti berkesan bagi mengawal penyakit bawaan nyamuk ini. Penggunaan ubat jentik-jentik juga berkesan untuk menghapuskan jentik-jentik selain penggunaan kelambu dan semburan (fogging) dapat membantu menghapuskan nyamuk dewasa.


Di Malaysia, statistik dari Kementerian Kesihatan iaitu dari Januari 2014 sehingga 13 April 2014 terdapat 27,562 kes dan jumlah kematian 64 orang berbanding pada tempoh sama 2013 terdapat 6,990 kes dan 14 kematian. Statistik ini menunjukkan peningkatan kes yang ketara dalam tempoh setahun, jadi ambil kisah tentang penyakit bawaan nyamuk ini bagi mengelakkan lebih banyak kehilangan nyawa. Mencegah lebih baik dari mengubati.

Wednesday, April 23, 2014

Tahukah Anda - Apa Itu Kolagen?


Kolagen ialah tisu penyambung yang membantu dalam mengekalkan kekuatan dan keanjalan kulit, rambut, tendon, gusi, kuku, sendi, tulang, otot, mata, ligamen dan salur darah.


  • Lebih kurang 72% daripada kulit adalah kolagen.
  • 80% daripada tulang adalah kolagen.
  • Kolagen melindungi organ, hati, perut, jantung, paru-paru, saluran darah, sel otak dan lain-lain.
  • Kornia juga adalah kolagen.

Kolagen berfungsi membantu dalam penjagaan kecantikan dan kesihatan, mengekalkan badan yang muda, anti penuaan dan mencegah penyakit. Kehilangan kolagen boleh meninggalkan kesan kepada badan kita seperti :-
  • Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan.
  • Kehilangan kalsium, sakit belakang dan sakit sendi.
  • Gusi yang tidak sihat.
  • Rambut menjadi kering dan bercabang dihujung.
  • Punggung dan payu dara menjadi kelenturan.
  • Kelihatan tua sebelum waktunya dan organ dalaman tidak berfungsi dengan baik.
  • Liang roma menjadi lebih besar, jeragat dan pigmentasi.
  • Garis halus pada leher.

Kolagen dari sisik Ikan Merah adalah sumber kolagen terbaik dan tahan lasak. Ikan Merah hidup bebas dalam lautan sedalam 5000 meter. Ia boleh menahan tekanan sehingga 20 paun, bertelur dan hidup dalam laut dalam.

Ini menjadikan ia sumber kolagen yang sangat lasak, kepaduan sel yang sangat tinggi. Berkapisiti tinggi dalam mengekalkan kelembaban dan mempunyai jisim molekul yang sangat rendah.

Jisim molekul yang rendah iaitu 1000 Dalton menjadikan ia boleh diserap dengan berkesan di dalam usus.


Sumber kolagen dari Shaklee diperkuatkan dengan penambahan 7 ramuan aktif untuk meningkatkan keberkesanan kolagen iaitu Ekstrak biji Camelia Japonian, Ekstrak kulit kerang laut, Ekstrak Pfaffia, Lactobacillus acidophilus, Vit C, Vit B2 dan Vit B6.

Hasil dari ujian klinikal menunjukkan 71% pengguna berasa tekstur kulit lebih gebu selepas menggunakan selama 8 minggu berturut-turut.

Friday, April 11, 2014

Memahami Wabak Demam Berdarah Ebola


Demam berdarah Ebola adalah disebabkan oleh sekumpulan virus yang memberi kesan kepada sistem organ dalam badan dan sering menyebabkan pendarahan. Asal usul virus ini ditemui di Sungai Ebola di Congo, Afrika pada tahun 1976.


Demam berdarah Ebola adalah salah satu penyakit paling bahaya di dunia yang merebak dalam darah dan menutup sistem imun serta menyebabkan demam panas, sakit kepala dan sakit otot. Ia adalah virus berjangkit yang membunuh sehingga 90 peratus dan tiada vaksin bagi mengubatinya. Terdapat 5 jenis Ebola dan jenis Zaire adalah yang dianggap paling bahaya.

Walaupun wabak ini tidak berlaku di negara kita tetapi adalah penting bagi kita mengetahui tentang wabak Ebola.

Simptom awal virus Ebola adalah demam mengejut, lemah tubuh badan, sakit otot, sakit kepala dan tekak. Antara tanda awal lain ialah muntah, cirit birit, terjejas fungsi hati dan buah pinggang yang boleh menyebabkan pendarahan dalaman dan luaran.

Tiada vaksin bagi penyakit virus Ebola setakat ini. Ujikaji terhadap vaksin sedang diuji tetapi masih belum sesuai untuk kegunaan klinikal. Pesakit yang dijangkiti biasanya mengalami dehidrasi yang perlu banyak minum air mengandungi elektrolit atau menerima cecair intravena.


Dianggarkan terdapat lebih 1800 kes Ebola direkodkan dengan lebih 1300 kematian. Ebola berlaku di kampung terpencil di tengah dan barat Afrika yang berhampiran kawasan hutan hujan tropika. Negara yang kerap terjejas adalah di timur iaitu Congo, Uganda dan Sudan.

Penyebab utama virus ini ialah dari kelawar buah. Haiwan lain seperti Gorila, cimpanzi, monyet serta landak dijangkiti dengan memakan kelawar buah atau buah yang telah terkena air liur kelawar.


WHO menasihatkan agar mengelakkan sentuhan dengan pesakit Ebola dan cecair badan mereka dan elak dari berkongsi tuala. Pemakaian sarung tangan dan peralatan perlindungan seperti topeng perlu digunakan oleh perawat atau penjaga pesakit. Tangan perlu dibasuh secara kerap.

Bagi penduduk Guinea, mereka diberi amaran supaya tidak memakan daging kelawar buah yang mereka anggap sebagai makanan istimewa mereka dimana wabak ini mula berlaku.

Saturday, April 5, 2014

Kenapa Kalsium Penting Kepada Tulang Manusia


Tahukah anda bahawa tulang adalah struktur penting dalam tubuh manusia. Ia berfungsi menyokong berat badan dan organ utama dalam badan serta membolehkan kita menggerakkan otot-otot dalam badan secara bebas. Oleh sebab itu amatlah penting supaya kita dapat menjaga kesihatan tulang kita.


Tulang yang tidak dijaga dengan baik akan menyebabkan tulang menjadi rapuh atau lebih dikenali sebagai Osteoporosis. Ia adalah satu keadaan kehilangan kepadatan tulang yang mengakibatkan tulang menjadi rapuh dan mudah patah.

Situasi iai berlaku selalunya kepada mereka yang meningkat usia dan golongan wanita menopaus. Ini berlaku apabila badan tidak lagi dapat menggantikan tisu-tisu tulang yang lama dengan tisu baru yang lebih sihat. Apabila usia meningkat akan berlaku kekurangan kepadatan tulang seterusnya memyebabkan tulang menipis. Tulang akan menjadi mudah patah dan rapuh terutamanya tulang belakang, pergelangan tangan dan tulang pinggul.


Kalsium dan Vitamin D amat berguna kepada lelaki dan wanita bagi mengelakkan risiko kepatahan tulang pinggul. 1000 mg kalsium bersamaan segelas susu setiap hari perlu diambil untuk memastikan kesihatan tulang terjamin.

Tahukah anda bahawa Ostematrix melengkapi keperluan kalsium untuk menjaga tulang kita kerana setiap satu caplet :-
  1. Mengandungi 1000 mg unsur kalsium.
  2. Mengandungi 400 mg magnesium yang membantu mengabungkan kalsium ke dalam tulang.
  3. Mengandungi 400IU vitamin D yang merangsang penyerapan kalsium.
Beberapa manfaat lain Ostematrix ialah :-
  1. Menguatkan gigi, kuku, sistem sarat dan mengurangkan masalah kekejangan dan kebas.
  2. Dapat meringankan stress dan sakit kepala.
  3. Membaiki masalah haid.
  4. Menghalang obesiti sewaktu tua.
  5. Menjadikan PH tulang seimbang.
Golongan yang perlu mengambil ostematrix ialah :-
  1. Wanita yang dalam berpantang.
  2. Ibu yang sedang menyusukan bayi.
  3. Sering sakit belakang, otot dan sendi.
  4. Selalu kebas kaki.
  5. Mereka yang tapak kakinya pecah-pecah dan rekahan pada tumit.
  6. Selalu migrain dan sakit kepala yang teruk.
  7. Penghidap senguggut.
  8. Mereka yang menjalani fisioterapi.
1 Caplet Ostematrix = 1 Gelas Susu Tinggi Kalsium = 80 Biji Badam

Monday, March 31, 2014

Derita Resdung Dari Pengalaman Sendiri


Saya ni memang penghidap resdung sejak beberapa tahun yang lalu, rasa nak cabut hidung ni bila ia datang menyerang terutamanya di awal pagi bangun dari tidur. Hidup berair, terasa gatal yang amat sangat dan bersin berulang kali. Memang derita.

Sebelum tu mari kita fahami apa itu resdung?. Menurut pakar hidung, telinga & mata menyatakan bahawa resdung ialah sejenis penyakit hidung berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula ialah merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak seterusnya menghasilkan nanah. Selain itu punca resdung adalah disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menjalankan tugas untuk melancarkan aliran mukus.


Perkara yang lazim kita lakukan seperti mengemas rumah, menyapu sampah hinggalah ketika di dapur sibuk menumis sambal pasti membuat kita mudah bersin dan gatal-gatal hidung sampai menyebabkan hidung berair. Selain itu sakit gigi yang disebabkan oleh bakteria juga boleh menyebabkan resdung.

Dari pengalaman sendiri yang menghidap resdung tegar agak memeritkan dan merimaskan. Paling teruk bila hidung mula berair terus bersin beberapa kali dan pada masa itu datang rasa kegatalan hidung yang amat sangat. Satu ketika dulu pernah mencuba cara tradisional tetapi rawatan itu hanya untuk seketika sahaja.

Baru-baru ini setelah mencuba sendiri supplemen dari Shaklee dalam tempoh yang singkat seperti Alfalfa Complex, Vitamin B Complex dan Vitamin C Sustain Release terasa gejala resdung yang di alami dapat dikurangkan, tidak terasa gatal dan bersin seperti dulu. Ingin saya kongsikan kepada sesiapa yang pernah menghadapi situasi seperti saya memang saya rekomen untuk cuba produk ini, apa salahnya jika ia dapat melegakan rasa sakit kita pada tahap optima. 


Rangkaian supplemen yang bagus dan berkualiti seperti :-

  • Alfalfa Complex - Dapat mengurangkan keradangan pada hidung seperti eczema, alergi dan resdung. Tetapi ia tidak digalakkan diambil oleh pesakit SLE.
  • Vitamin C Sustained Release - Dapat meningkatkan sistem daya melawan penyakit. Amat efektif jika diambil bila selsema dengan mematahkan sebiji supplemen tersebut bagi mendapatkan kesan yang cepat. Ciri yang ada pada supplemen ini iaitu anti-oksida dapat melawan radikal bebas serta dapat meningkatkan antibodi dan imuniti kita.
  • Vitamin B Complex - Berfungsi dalam membantu mengawal stress yang memberi kesan negatif pada kekuatan imun badan kita. Ia secara tidak langsung dapat meningkatkan kekuatan melawan penyakit.
Harga dipasaran ialah :-

1) Alfalfa Complex (330 biji)/ 3 bulan penggunaan - RM 53.75 (16 sen sebiji)

2) Vitamin C Sustained Release (180 biji/ 3 bulan penggunaan - RM 92.50 (51 sen sebiji)

3) Vitamin B Complex (120 biji/ 3 bulan penggunaan - RM 53.75 (16 sen sebiji)

Sunday, March 23, 2014

Jaga Kesihatan Sendi Kita Dengan Advanced Joint Health Tablet


Umur kita semakin lama semakin meningkat. Sendi kita pun begitu juga. Sendi terdiri daripada tulang rawan, tendon, ligamen dan cecair sinovia (pelincir) yang membantu memberi kesihatan pada pergerakan anggota badan.

Kerosakan tulang rawan berlaku selari dengan meningkatnya umur kita. Lebih-lebih lagi dengan tekanan fizikal yang berterusan akibat dari pembebasan bahan kimia yang menyerang tulang rawan. Situasi begini disebabkan oleh joint discomfort yang sering berlaku kepada orang-orang tua malah kita sendiri sering rasa sakit menangkap tulang belakang, tengkuk, lutut dan sebagainya.


Advanced Joint Health Tablet Shaklee adalah makanan tambahan yang memelihara sendi tubuh badan kita. Kesanya boleh dilihat seawal 5 hari selepas penggunaan. Suplemen ini dapat memberi kebaikan kepada sendi kita dengan 3 cara iaitu :-


  1. Meningkatkan Keselesaan Sendi melalui ekstrak Boswellia yang berfungsi sebagai agen anti-radang semulajadi, menghalang bahan kimia daripada menyerang tulang rawan yang menyebabkan ketidakselesaan sendi. Ia digunakan dalam perubatan Ayuverdic lebih 5000 tahun yang lalu untuk merawat osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Acid Boswellia adalah komponen utama aktif dalam ekstrak Boswellia.
  2. Meningkatkan Kesan Kusyen dengan ekstrak jagung melalui glukosamine yang merupakan komponen utama dalam pembentukan blok utama tulang rawan dan bendalir sinovia bertindak sebagai bahan pelincir sendi. Ia juga berfungsi untuk meningkatkan sokogan kusyen sendi dan memelihara tulang rawan.
  3. Memelihara Kesihatan Tisu Penyambung melalui komponen nutrien penting untuk kesihatan sendi iaitu vitamin C yang merupakan nutrien penting sintesis kolagen. Selain itu zink, copper dan maganese merupakan co-factor enzim yang membina kolagen dan glukosaminoglikan (kompenan tisu penyambung).

Suplemen ini amat sesuai diambil oleh kedua ibubapa kita atau mereka yang mahu memastikan kesihatan sendi pada tahap optimum kerana pencegahan awal adalah lebih baik untuk masa depan kita. Yang pastinya kesihatan sendi akan menyusut selari dengan peningkatan usia kita. Sesuai kepada mereka yang sering sakit sendi yang mana dah rasa longgar dan rasa lenguh akibat terlalu lama melakukan kerja-kerja rumah mahupun melakukan rutin kerja seharian di opis.


Friday, March 14, 2014

Ketahui Apa Itu Stress?


Menurut pengasas teori stress iaitu Dr Hans Selye menyatakan stress ialah satu reaksi yang tidak spesifik oleh diri seseorang yang disebabkan oleh satu bebanan yang dipikul. Bebanan itu mungkin wujud dalam bentuk ancaman, cabaran dan berlaku perubahan dalam hidup seseorang.

Tahukah anda bahawa ketika stress badan akan mengeluarkan hormon rangsangan yang bernama 'adrenaline' dalam saluran darah kita. Bila hormon ini bercampur dengan hormon lain akan menyebabkan berlaku perubahan pada badan kita.


Perubahan-perubahan tersebut ialah seperti denyutan jantung bertambah laju, tekanan darah meningkat, gula, lemak dan kolestrol dalam darah akan bertambah dan pernafasan menjadi laju. Ini semua berlaku secara tabie selari dengan keperluan tubuh badan kita. Stress yang berpanjangan tanpa bijak mengawalnya akan bertukar kepada 'distress' yang menyebabkan kita menghidapi penyakit tertentu.


Antara kesan yang timbul akibat dari stress ini ialah
  1. Sakit tekak, sakit bahu serta sakit belakang.
  2. Rambut gugur.
  3. Gastrik & ulser perut.
  4. Aczema dan masalah pada kulit
  5. Sakit kepala, migrain dan insomnia
  6. Darah tinggi dan sakit jantung
Penyebab kepada berlakunya stress ini ialah wujud dari cara dan gaya hidup individu tersebut seperti masalah kewangan, masalah rumahtangga, terlalu sibuk bekerja, menghadapi masalah pengangguran atau putus cinta. Pada pandangan Islam, stress ini boleh dihindarkan dengan mendekatkan diri kepada pencipta iaitu Allah s.w.t dengan melaksanakan solat tepat pada waktunya, banyak membaca al-quran serta memahami maknanya sekali, berzikir, menghadiri majlis-majlis ilmu dan selalu berdoa kepadaNya.

Pengambilan bahan makanan yang berkhasiat juga memainkan faktor penting yang dapat mengawal situasi stress tersebut. Antara produk terbaik yang boleh diamalkan ialah dengan pemakanan supplemen yang berkualiti seperti B-Complex, Vitamin C dan Ostematrix keluaran Shaklee. Kebaikan supplemen ini ialah :


  1. B-Complex - membantu menambah aliran darah ke otak, anti-stress, riboflavin dapat menambah tenaga dalam sel otak.
  2. Vita-C 500 SR - membantu menghasilkan hormon adrenal anti-stress
  3. Ostematrix - transmisi impul saraf ke otak, memberi kesan ketenangan dan merehatkan otot dan saraf.




Sunday, March 9, 2014

Redha Dengan Ketentuan Allah - Tragedi Kehilangan Pesawat MAS MH370


Redha pada istilah boleh diertikan iaitu memiliki sikap berlapang dada terhadap sesuatu perkara. Mencari redha manusia semata-mata maka ia hanyalah untuk kebaikan diri sendiri dan mulia pada pandangan manusia lain. Sebaliknya mencari redha Allah makan iai akan merasa kebahagiaan yang sebenar duniawi dan ukhrawi.

Keutamaan mencari redha Allah ada disebut di dalam Al-Quran iaitu :-
  1. Ia akan memperolehi keuntungan 2 kali ganda - Surah Al-Baqarah : 265
  2. Orang yang redha dengan Allah tidak akan mendapat bencana dan akan mendapat kurnia nikmat yang besar - Surah Ali-Imran : 174
  3. Orang yang redha dengan Allah akan mendapat pahala yang besar dan memperolehi keampunan dari Allah - Surah An-Nisa' : 114 & Surah Al-Fath : 29
Untuk mencapai redha Allah, ia terbahagi kepada 2 peringkat :-
  1. Dengan melakukan tuntutan dan suruhan seperti di dalam Al-Quran dan Hadith iaitu dengan takut kepada Allah, bertaqwa kepada Allah, beriman, berhijrah dan berjihad ke jalan Allah serta berbuat baik kepada kedua orang tua.
  2. Dengan memiliki sikap menerima dengan hati yang terbuka dan bersenang hati dengan segala ketentuan Allah. Siapa yang penuh hatinya dengan redha kepada ketentuan Allah maka Allah akan memenuhi dirinya dengan kecukupan dan ketenangan. Barangsiapa yang tidak redha kepada ketentuan Allah maka Allah akan memenuhi hatinya dengan hal-hal yang sebaliknya.

Jelas disini bahawa redha dengan ketentuan Allah perlu ada dalam diri manusia yang mahu memperolehi keberkatan dan kebahagian dalam menjalani kehidupan seharian. Negara kita dikejutkan dengan berita kehilangan pesawat MAS MH370 pada awal pagi ini. Sehingga kini belum ada apa-apa berita rasmi mengenai kehilangan pesawat tersebut. Apa yang mampu kita lakukan hanyalah berdoa dan berserah kepada Allah. Segala ketentuan Allah itu mungkin ada hikmahnya, kita hanya merancang dan mampu mengatur perancangan tapi ketentuannya hanya Allah yang Maha Mengetahui.


Perkara yang berlaku adalah diluar jangkaan manusia dan kepada para waris keluarga mangsa bersabar dan berdoa agar Allah permudahkan di dalam urusan pencarian pesawat tersebut. 


Ibnu Qayyim berkata : " Barangsiapa yang memenuhi hatinya dengan redha kepada takdir, maka Allah akan memenuhi dadanya dengan kecukupan, tenang dan qana'ah serta mengosongkan hatinya untuk mencintaiNya serta kembali dan bertawakkal kepadaNya" 

Monday, March 3, 2014

Mengapa Perlu Ambil Asid Folic


Acid Folic ialah sejenis vitamin B yang mana tubuh kita amat memerlukannya bagi pembentukan sel baru. Ia juga dianggap sebagai makanan otak untuk mengeluarkan tenaga serta pembentukan sel darah merah. Selain itu ia juga berfungsi untuk menguatkan imuniti dengan membantu dalam pembentukan yang sesuai dan fungsi sel darah putih.


Asid Folic amat penting dalam proses kehamilan.Tanpa asid folic yang cukup semasa hamil boleh menyebabkan gangguan otak dan tulang belakang bayi yang juga dikenali sebagai "neural tube defects" atau NTD. Wanita yang hamil dianjurkan mengambil 400 micrograms (400mcg) setiap hari sebagaimana dinyatakan oleh U.S. Public Health Services. Asid Folic amat berkesan bila digabungkan dengan vitamin B12 dan vitamin C.

Akibat dari kekurangan asid folic boleh menyebabkan sakit disekeliling mulut, sakit lidah, tumbesaran kanak-kanak menjadi lembab dan anemia. Antara sumber makanan harian yang mengandungi asid folic ialah beras perang, keju, ayam kurma, daging kambing, daging lembu, hati, sayuran hijau, sayuran berubi, gandum, ikan salmon, ragi yang ditapai, barli, susu, cendawan, tuna dan bijirin.

Selain itu, pengambilan asid folic juga dapat menambahkan kepekatan haemoglobin dalam darah, mengurangkan kecacatan pada bayi seperti sumbing lelangit, kecacatan jantung, pembentukan kaki dan tangan yang tidak sama serta kecacatan pada sistem pembuangan air kencing.  


Bagi wanita yang merancang untuk hamil digalakkan mengambil asid folic sekurang-kurangnya 3-6 bulan sebelum mengandung. Bagi yang telah hamil disyorkan mengambil asid folic setiap hari dari awal kehamilan sehingga sekurang-kurangnya untuk 12 minggu yang pertama. Ini adalah kerana pada kehamilan 12 minggu yang pertama perkembangan otak dan sistem saraf bayi berkembang dengan pantas. Bila usia kandungan melebihi 13 minggu iaitu memasuki trimester kedua, pengambilan asid folic boleh dihentikan tetapi digalakkan untuk terus mengambilnya sehingga kelahiran bayi.


Pengambilan asid folic juga dapat mencegah kecacatan bayi dalam lingkungan 50% hingga 70% kemungkinan ianya berlaku. Dari pengalaman wanita yang pernah mengambil asid folic sebelum dan semasa hamil menyatakan bahawa kulit bayi yang lahir nampak gebu dan cantik. Kepada kaum wanita yang merancang untuk hamil adalah disarankan untuk mengambil asid folic bagi memastikan bayi yang bakal dilahirkan dalam keadaan sihat tanpa kecacatan.


Untuk wanita yang hamil perlu mendapatkan asid folic yang lengkap sebagaimana yang dihasilkan oleh pengeluar produk vitamin yang ke-4 terbaik didunia iaitu vitamin B-Complex dengan asid folic yang lengkap dengan 8 kumpulan vitamin B iaitu B1 - Thiamin, B2 - Riboflavin, B3 - Niacin, B5 - Panthothenic Acid, B6 - Pyridoxine, B7 - Biotin, B9 - Folic Asid dan B12 - Cyanocobalamin. Vitamin B-Complex ini juga penting kepada penghidap diabetes. Adalah amat digalakkan untuk wanita yang sudah bersalin dapat terus mengambil vitamin B-Complex yang bertindak sebagai anti-stress dan mengelakkan dari terkena penyakit 'meroyan'. 

Wednesday, February 26, 2014

Aduh Sakitnya Kaki!


Minggu lepas adalah minggu yang sibuk dengan tugas hakiki dan bertugas sempena dengan Festival Layang-Layang Antarabangsa Pasir Gudang kali ke-19 maknanya sudah hampir 16 tahun terlibat dalam festival tahunan ini. Selain itu tugas hakiki perlu disiapkan segera untuk audit 2013.


Terlibat dalam tugasan Festival Layang-Layang memang kena banyak berjalan, urusan dengan pembekal, persediaan minuman dan jamuan majlis penutup festival tersebut. Itulah rutin tetap yang dilakukan selama 16 tahun. Umur semakin meningkat, 16 tahun yang dahulu tak sama dengan sekarang, maklumlah umur dah masuk setengah 4 series. Ada cerita pulak tengah-tengah sibuk ni berlaku satu insiden luar jangkaan.

Lif kat opis takleh guna sebab berlaku kerosakan pada sumber elektrik. Paling bagusnya opis saya di tingkat 16, jadi terpaksalah turun tangga (syukur bukan naik tangga). Walaupun turun tangga tapi 16 tingkat tu kena menapak, lebih 100 anak tangga. Sampai tingkat bawah terasa berdenyut tumit, macam rasa nak "cramp".

Tanya kawan-kawan, supplemen mana yang boleh rekomen untuk sakit dan lenguh kaki?. Mereka cadangkan saya ambil OsteMatrix sebab antara kebaikan OsteMatrix ialah kerana ia mengandungi kalsium, magnesium, fosforus dan vitamin D, zinc, kuprum dan boron. Salah satu manfaatnya ialah ia dapat mengatasi kekejangan dan rasa kebas, sakit sendi dan artristis.


Setelah mengambil supplemen ini untuk beberapa hari terasa perubahan, sakit kaki dan lenguh tu rasa kurang dan badan rasa ringan.

Pada masa itu juga saya google di internet dan kebanyakkan maklumat yang saya jumpa memberi jawapan yang sama. Banyak testimoni yang saya jumpa mengatakan ia betul-betul berkesan.



Kalau nak banding harga Ostematrix dengan produk yang sama dengannya jauh lebih murah dari produk lain. Saya buat andaian, sebotol Ostematrix ada 120 biji pada harga RM61.00 (S.M) maknanya 1 biji bersamaan 51 sen. Satu hari kena makan 2 biji sahaja. Jadi untuk satu botol tu boleh guna hingga 2 bulan. Secara purata 1 bulan hanya RM 30.00 sahaja. Yang paling penting value produk Shaklee adalah terbaik.